Mari Sihat dengan Jus Buahan dan Sayuran

Tahukah anda bahawa jus buahan dan sayuran yang kita nikmati setiap hari mempunyai banyak khasiatnya. Jus sangat efektif dalam penyembuhan penyakit kerana di dalam jus terkandung berbagai zat mineral dan pati makanan yang telah terpisah dari serat2 nya sehingga ia dapat cepat diserap oleh tubuh badan kita. Lebih2 lagi apabila usia kita makin meningkat, kadar penyerapan zat oleh sistem pencernaan makin lemah melainkan jus.

Jus amat mudah dibuat dan terapi paling terbaik untuk penyembuhan penyakit. Kita sendiri boleh membeli buahan dan sayuran yang mempunyai zat mineral yang baik untuk tubuh badan kita. Yang penting kita perlu memilih buahan dan sayuran yang segar untuk jus kita. Selain itu, kita boleh menyimpan buahan dan sayuran dalam peti sejuk tapi bukan dalam jangka masa yang lama. Jus yang kita buat pun mesti untuk diminum terus bukan untuk disimpan.

Dalam keadaan dunia makin canggih ni, terdapat pelbagai blender terutama juicer atau pembuat jus. Kita hanya perlu basuh dan potong buah dan terus masukkan dalam juicer. Dan jus kita siap untuk diminum tanpa penambahan gula atau air. Senangkan. Jus pun mampu untuk dijadikan makanan diet harian yang sihat. Dalam blog ni, kita akan didedahkan dengan resepi2 jus yang sesuai untuk diet dan penyakit tertentu.