Masa yang sesuai untuk minum jus buahan dan sayuran - cara minum jus


Untuk mendapatkan kebaikan pati buah dan sayuran, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk kita minum jus buah dan sayuran ini. Untuk mereka yang bekerja, sangat sesuai untuk minum jus pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Masa perut masih lagi kosong. Kalau orang Islam, sesuai sangat minum sebelum solat subuh atau selepas solat subuh. Yang penting sebelum sarapan.

Masa waktu makan utama seperti tengahari dan malam, sangat digalakkan minum jus 30 minit sebelum makan. BUKAN SELEPAS MAKAN.

Untuk yang berpuasa, digalakkan minum selepas makan kurma. Untuk diet kuruskan badan, sangat sesuai minum jus sahaja. Perlu tahu jus yang sesuai untuk mereka yang mahu kuruskan badan supaya pengurusan badan dalam masa yang sama mendapat zat2 untuk tubuh kita.

Kalau nak minum jus, bukan macam minum air kosong. Kita perlu minum slow2, masa nak teguk jus tu eloklah dibiarkan beberapa saat dalam mulut dulu sebelum telan. Ini untuk enzim buah tu dapat bercampur dengan enzim air liur kita. Zat2 buah dan sayuran dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh tubuh kita.