Khasiat air lemon untuk kita

Berkongsi video dari youtube tentang khasiat air lemon untuk badan kita. Puas juga mencari bahan untuk menunjukkan bahawa air lemon ni sangat berguna untuk tubuh badan manusia. Jadi kelebihan khasiat air lemon ni perlu la kita amalkan untuk mendapat manfaat lebih2 lagi kepada mereka yang ingin kurus.



Air lemon ni sangat sesuai diambil ketika awal pagi semasa sebelum bersarapan. Tujuannya adalah untuk meneutralkan tubuh kita yang berasid. Kalau anda perasaan apabila kita minum air masam kita akan rasa lega dan akan sendawa untuk keluarkan angin badan.



Angin dalam badan tu adalah asid yang terkumpul selama ni, sebab itu untuk neutralkan kembali sel2 badan dengan meminum air lemon. Untuk lebih lanjut tonton video di bawah.






Masa yang sesuai untuk minum jus buahan dan sayuran - cara minum jus


Untuk mendapatkan kebaikan pati buah dan sayuran, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk kita minum jus buah dan sayuran ini. Untuk mereka yang bekerja, sangat sesuai untuk minum jus pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Masa perut masih lagi kosong. Kalau orang Islam, sesuai sangat minum sebelum solat subuh atau selepas solat subuh. Yang penting sebelum sarapan.

Masa waktu makan utama seperti tengahari dan malam, sangat digalakkan minum jus 30 minit sebelum makan. BUKAN SELEPAS MAKAN.

Untuk yang berpuasa, digalakkan minum selepas makan kurma. Untuk diet kuruskan badan, sangat sesuai minum jus sahaja. Perlu tahu jus yang sesuai untuk mereka yang mahu kuruskan badan supaya pengurusan badan dalam masa yang sama mendapat zat2 untuk tubuh kita.

Kalau nak minum jus, bukan macam minum air kosong. Kita perlu minum slow2, masa nak teguk jus tu eloklah dibiarkan beberapa saat dalam mulut dulu sebelum telan. Ini untuk enzim buah tu dapat bercampur dengan enzim air liur kita. Zat2 buah dan sayuran dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh tubuh kita.


Cara Membuat Jus Buahan dan Sayuran - Pati Buahan dan Sayuran


Senangkan untuk dapatkan jus, lebih2 lagi jika anda mempunyai juicer. Hanya perlu pilih buah dan sayuran yang segar. Basuh dan potong. Segelas jus buah atau sayuran mesti 250ml sukatannya. Pembelian juicer yang sesuai juga penting supaya kita tidak kehilangan enzim pati buahan semasa membuat jus.

Seelok2nya minum jus terus. Jangan disimpan melebihi 24jam supaya zat mineral yang ad pada jus tidak hilang. Sebaiknya minum dalam masa 2-4jam waktu selepas blend. Kita patut manfaatkan zat yang ada dlm jus tu.

Mari Sihat dengan Jus Buahan dan Sayuran

Tahukah anda bahawa jus buahan dan sayuran yang kita nikmati setiap hari mempunyai banyak khasiatnya. Jus sangat efektif dalam penyembuhan penyakit kerana di dalam jus terkandung berbagai zat mineral dan pati makanan yang telah terpisah dari serat2 nya sehingga ia dapat cepat diserap oleh tubuh badan kita. Lebih2 lagi apabila usia kita makin meningkat, kadar penyerapan zat oleh sistem pencernaan makin lemah melainkan jus.

Jus amat mudah dibuat dan terapi paling terbaik untuk penyembuhan penyakit. Kita sendiri boleh membeli buahan dan sayuran yang mempunyai zat mineral yang baik untuk tubuh badan kita. Yang penting kita perlu memilih buahan dan sayuran yang segar untuk jus kita. Selain itu, kita boleh menyimpan buahan dan sayuran dalam peti sejuk tapi bukan dalam jangka masa yang lama. Jus yang kita buat pun mesti untuk diminum terus bukan untuk disimpan.

Dalam keadaan dunia makin canggih ni, terdapat pelbagai blender terutama juicer atau pembuat jus. Kita hanya perlu basuh dan potong buah dan terus masukkan dalam juicer. Dan jus kita siap untuk diminum tanpa penambahan gula atau air. Senangkan. Jus pun mampu untuk dijadikan makanan diet harian yang sihat. Dalam blog ni, kita akan didedahkan dengan resepi2 jus yang sesuai untuk diet dan penyakit tertentu.